Pelaburan Emas di Malaysia
Pelaburan emas di Malaysia mula mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Buktinya, pada setiap bulan…lebih kurang 9,900 yang mencari maklumat tentang pelaburan emas di malaysia ke dalam enjin carian seperti Google.com, Yahoo.com dan Ask.com
Ini adalah satu petanda yang baik, dimana rakyat Malaysia kini mula menyahut seruan Tun Dr Mahathir dn Dato Salleh Majid untuk menyimpan kekayaan di dalam bentuk simpanan emas. Simpanan emas menjamin masa hadapan anda.
Alamak! Apa kes?
Tajuk nya lain…tapi, intro nya lain pulak…
Haha..bersabar yer tuan-tuan dan puan-puan..
Pelaburan Emas di Malaysia & Kakak Penjual Ikan
Berbalik kepada topik asal saya, cerita tentang kakak penjual ikan.
Begini, pada hari Khamis yang lepas…28 Jun 2012, saya telah ke Bank Muamalat untuk menguruskan seorang customer saya – Puan Jamelah untuk menukarkan duit simpanan beliau ke simpanan emas.
Saya puji di atas tindakan bijak beliau!
Kenapa?
Kerana walaupun beliau belum berkesempatan utuk menghadiri Seminar Pengurusan Emas anjuran Triplenine Cawangan Johor…namun, setelah membaca 4 buah artikel di blog ini… beliau telah cepat-cepat menghubungi saya bagi mengambil peluang pelaburan Ar Rahnu bersama Triplenine dan kemudahan Ar Rahnu yang disediakan oleh Bank Muamalat.
Pada hari artikel ini ditulis, 5 Julai 2012, harga bagi 1 gram emas adalah RM 190.88. Manakala, harga bagi 1 gram emas pada 28 Jun 2012 yang lepas adalah RM 186.60.
Urm, nampaknya….pelanggan saya ini telah meraih keuntungan RM 4.28 bagi setiap gram emas beliau.
Hurm, sekiranya beliau memiliki 300 gram emas 999.9…cuba anda kirakan, berapakah peratus keuntungan yang beliau perolehi dalam masa 1 minggu ini?
Berikan jawapan anda di ruangan komen…dan saya akan berikan anda rebat duit tunai RM 100.00 sekiranya anda mengambil tindakan pantas untuk menukarakan RM 18,000.00 tunai anda kepada simpanan emas. Sila hubungi, message atau pm saya di Facebook saya: Facebook/Pelaburan-Emas-Triplenine
Di samping Puan Jamelah, terdapat seorang lagi pelanggan Triplenine yang berlegar di ruang dobi Bank Muamalat menunggu giliran beliau untuk masuk ke dalam bilik Ar Rahnu, Bank Muamalat.
Erm, saya pun terus menyinggul tangan sahabat saya…En Hadi.
Owh, Itu Kak Aziah, dia kerja jual ikan…. Jawab Hadi.
Dalam hati saya terdetik, Wah! tengok dari cara pemakaian baju beliau…kakak ni tampak sempoi jer. Tak ada pulak secolet mekap di wajah beliau. Tetapi, beliau juga turut menyahut cabaran Dato Salleh Majid untuk menyimpan emas secara Ar Rahnu.
Erm, saya bertekad dalam hati untuk mengorek rahsia beliau.
Saya kepoh?
Haha…taklah! Saya tak kepoh…cuma saya suka untuk tahu bagaimana orang lain berjaya…supaya saya juga turut berjaya.
Bak kata orang putih…
Copy and paste other’s people success, so that we can become success too!
Pelaburan Emas di Malaysia: Berapakah keuntungan Pelaburan Emas Ar Rahnu si kakak penjual ikan dalam masa 14 bulan?
Balik sahaja dari Bank Muamalat, saya cepat-cepat menuju ke pejabat Triplenine Goldworld Gallery Sdn Bhd bagi misi mengorek rahsia kakak penjual ikan. Gambar si penjual ikan ini hanyalah hiasan sahaja…ini bukan gambar Kak Aziah, si penjual ikan.
Haha….kepada anda diluar sana yang kenal dengan Kak Aziah, saya minta tolong agar anda tidak memberitahu Kak Aziah yang rahsia beliau telah dibocorkan di blog PelaburanEmasTriplenine.com ini. haha…
Pada bulan April 2011, kak Aziah telah memulakan pelaburan emas ar rahnu beliau dengan modal tunai RM 18,000. Daripada modal ini, pihak Triplenine telah membantu beliau untuk melipat gandakan jumlah emas beliau ke tahap 3 kali ganda.
Harga emas pada hari tersebut adalah RM 148 per gram. Dengan modal tunai RM 18,000, beliau telah berjaya memperoleh barang kemas seberat 307 gram di Ar Rahnu.
Pada Jun 2012, harga emas bagi 1 gram adalah RM 188.00.
Dengan teknik overlaping (tukar surat pajak Ar Rahnu), beliau telah berjaya memperoleh wang tunai RM 9,200.00 dari Bank Muamalat tanpa perlu membuat apa-apa pekerjaan. Ini bermakna, emas beliau yang duduk di dalam peti simpanan Bank Muamalat telah beranak pinak dan seterusnya memberikan duit tunai kepada pemilik surat pajak ar rahnu wang pasif.
Di dalam kes ini, kak Aziah telah berjaya memperoleh wang tunai RM 9,200 dalam masa 14 bulan tanpa perlu buat apa-apa.
Sahabat baik saya Triplenine JB, memanggil situasi ini sebagai Pelaburan 4D.
Cuba anda teka, adakah pelaburan 4D ini halal di sisi Islam?
Konsep Pelaburan 4D
4D – adakah ia merujuk kepada kedai yang menjual tiket loteri 4D?
Haha…
Jangan risau… 4D yang dimaksudkan oleh sahabat saya adalah Duduk Diam, Dapat Duit.
Sebagai contoh, cuba anda perhatikan kisah Kak Aziah di atas…adakah beliau ada melakukan apa-apa pekerjaan ke atas emas yang beliau simpan di dalam Bank Muamalat?
Tentu sahaja, TIADA.
Emas yang disimpan dengan kaedah Ar Rahnu tidak dapat diusik oleh beliau. Bagaimana nak usik? Emas tu tersimpan rapi di bank.
Adakah anda juga berminat untuk Pelaburan Emas 4D?
Rasa-rasanya, ada tak anda di luar sana yang berminat untuk ketahui teknik apakah yang digunakan oleh Kak Aziah sehingga membolehkan beliau untuk membeli 357 gram emas dengan modal tunai RM 18,000.00 sahaja?
Jika anda punyai kalkulator, cuba anda kirakan… RM 18,000 di bahagikan dengan RM 148.00 = Berapa gram emas?
Jika kalkulator anda sama dengan kalkulator saya…dengan bermodalkan RM 18,000.00 – sepatutnya Kak Aziah cuma dapat 121 gram emas sahaja.
Ha? Bagaimana?
Teknik ini bakal di bongkarkan di dalam kelas 4 jam Seminar Pengurusan Emas Triplenine. Jangan risau, kelas 4 jam ini bakal diberikan secara PERCUMA! Tempat duduk adalah terhad, sila tempah tempat duduk anda terlebih dahulu sebelum hadir ke kelas…bukan apa, kami tak mahu anda terpaksa duduk di lantai, sedangkan anda perlukan kerusi dan meja unntuk mengambil nota ajaran kami.
Daftarkan diri anda di Seminar Pengurusan Emas Triplenine DISINI.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Seminar Pengurusan Emas Triplenine DISINI.
Tahukah anda berapa nilai Seminar Pengurusan Emas? Harganya adalah RM 999.00 bagi setiap kepala. Walaubagaimanapun, disebabkan kami mahukan anda kaya dan berjaya… kami sanggup berikan anda seminar 4 jam ini secara PERCUMA!
Huhu…masih mahu simpan wang kertas anda?
Jika ya, tolong jawab soalan saya dengan jujur..
Adakah dengan duit simpanan di dalam Bank atau mana-mana Unit Amanah, mampu untuk memberikan anda pulangan 50% setahun?
Fikir-fikirkan…..
Sekian, terima kasih.
Yang ikhlas untuk membantu anda menjadi lebih Kaya dan Berjaya,
Azidah Jaslani
P/s:
1. Semoga coretan ringkas ini mampu untuk menggerakkan anda untuk tingkatkan tahap ekonomi anda dengan cara “Tukarkan wang anda kepada Simpanan Emas”. Emas tidak menjanjikan anda untuk kaya…tetapi emas bakal menjanjikan untuk anda tidak miskin di masa hadapan.
2. Sila share kan artikel ini dengan rakan-rakan anda jika anda suka dengan 4D – Duduk Diam, Dapat Duit!
Incoming search terms:
- pelaburan emas ar rahnu
- ar rahnu bank muamalat
- pelaburan emas bank muamalat
- pelaburan emas di malaysia
- teknik manipulasi wang
- teknik ar rahnu manipulasi emas
- pelaburan emas di ar rahnu
- simpanan emas ar rahnu
- pelaburan di bank muamalat
- Rahsia teknik ar rahnu





Leave A Reply (2 comments so far)
Eva
285 days ago
sy lebih minat guna passbook,harga time beli lebih rednah berbanding kite beli emas fizikal kat kedai.lgpun bg sy kalo gune passbook tu rase selamat sbb kite xpayahlah pegang emas,tkot ilang,kang t harge emas dah melambung tgi, bolehlah kite jual….hehe.lgpun emas ni susah nak tgk dia turun.kalo turun pon,dia akn naik,naik dan terus naik…hehe
Pelaburan Emas
279 days ago
Hai Cik Eva,
Sebenarnya sebelum saya betul-betul memahami tentang konsep simpanan emas, saya juga berfikiran seperti Cik Eva. Simpanan emas di dalam bentuk buku simpanan adalah lebih selamat.
Namun begitu, tanggapan saya serta merta berubah apabila saya telah mula menyimpan di dalam buku simpanan emas dan terpaksa menelan kerugian RM5.50 (RM166 – RM160.50) bagi setiap gram simpanan emas saya. Klik Artikel ini “Yang Mana Lagi Selamat: Pelaburan Emas Fizikal atau Pelaburan Buku Simpanan Emas?” untuk penjelasan lanjut:
http://pelaburanemastriplenine.com/pelaburan-emas-fizikal-vs-pelaburan-buku-simpanan-emas-yang-mana-lagi-selamat