Pelaburan Emas 2012

Sila LIKE untuk selami rahsia Pelaburan Emas Triplenine...TQ!

Pelaburan Emas 2012 – Adakah menguntungkan?

 

Tahun 2012 menyaksikan sebanyak 9,900 orang Rakyat Malaysia yang memulakan pencarian untuk mula mencari maklumat tentang pelaburan emas 2012. Persoalannya, adakah Pelaburan Emas ini MENGUNTUNGKAN?

 

Siapa yang tak kenal emas? Emas adalah sejenis logam yang sangat effektif di dalam menambat nilai kekayaan anda. Adalah tidak keterlaluan apabila kami menyatakan bahawa nilai inflasi bagi Emas adalah Sifar (0) !

 

Mengapa sifar? Baiklah, mari kita saksikan contoh yang paling mudah sekali. Kambing. Kambing adalah salah seekor jenis binatang peliharaan yang sesuai untuk melaksanakan ibadat aqiqah. Apabila pasangan suami isteri mendapat anak baru, tentunya ibu bapa tersebut akan sibuk untuk mencari kambing bagi tujuan aqiqah kan bayi tersebut.

Pelaburan Emas 2012

Pada zaman Rasullullah, seekor kambing berharga 1 Dinar Emas. Pada tahun 2012, seekor kambing juga boleh dibeli dengan menggunakan 1 Dinar Emas!

Tak percaya?

Berapakah harga seekor kambig? Jawapannya adalah sekitar RM800.00

Berapakah harga sekiping Dinar Emas? Jawapannya adalah sekitar RM800 juga.

Jadi, 1 keping dinar mampu untuk menambat nilai kekayaan si pemilik dinar tesebut walaupun zaman telah berubah dan nilai inflasi yang semakin meningkat. Cuba anda bayangkan jika seseorang itu mapu untuk hidup lama…katakan beliau mampu untuk hidup 1,000 tahun lamanya….adakah RM1,000 pada zaman ini akan sama nilainya dengan RM1,000 pada 1,000 akan datang. Saya pasti, ramai pembaca blog ini akan menyatakan… jawapannya adalah TIDAK SAMA.

Maka dapat disimpulkan, dengan memiliki dan menyimpan emas, anda mampu untuk menambat nilai kekayaan anda dan nilai kekayaan anda tersebut tidak akan hilang ditelan oleh inflasi.

 

 

 

Pelaburan Emas 2012 – Berapakah target keuntungan?

 

Apabila kita bercerita tentang pelaburan, perkataan yang paling kita tidak dapat elakkan adalah berapakah peratus keuntungan yang bakal kita perolehi?

Sebagai contoh, peratus keuntungan pelaburan dengan Fixed Deposit adalah sekitar 3-4% setahun. Bagaimana pula dengan peratus keuntungan emas?

Jawapan kepada peratus keuntungan bagi pelaburan emas 2012 adalah sangat subjektif. Sekiranya anda memulakan perjalanan pelaburan emas pada tahun 2002, di mana harga emas pada ketika itu adalah sekitar RM 43.00 per gram, dan harga emas pada hari ini 19 Jun 2012 adalah RM188.80 maka peratus keuntungan pelaburan emas anda pada tahun 2012 adalah 337% !

Banyak ea? Beruntung siapa yang ada membeli dan menyimpan emas pada tahun 2002…

Bagaimana pula dengan pelabur emas yang memulakan aktiviti membeli emas pada Januari 2011? Saya ingat lagi…pada ketika itu, saya ada membeli sekeping dinar emas yang beratnya 4.25 gram pada harga RM162.43 per gram. Setelah itu, pada bulan Ogos 2011…harga emas telah mencecah RM219.00. Kenaikan ini memberikan saya pulangan keuntungan sebanyak RM56.56 bagi setiap gram. Jadi, peratus keuntungan pelaburan emas saya pada tahun 2011 – selama 8 bulan adalah 34.82% !!

Mungkin ada di antara pembaca blog ini mengeluh dan di dalam hati meronta-ronta kerana anda masih lagi belum mendapat jawapan kepada persoalan… Berapakah peratus keuntungan pelaburan emas 2012?

Mari kita lihat graf di bawah:

 

Jangkaan pelaburan emas2012

Jangkaan pelaburan emas 2012 -Credit to Sahabat Baik saya di Triplenine Goldworld Gallery Johor Branch

 

Berdasarkan gambar rajah yang dianalisa oleh sahabat baik saya di Triplenine Johor Bahru daripada laman web Kitco, dapat kita perhatikan bahawa berlaku trend penurunan harga emas di dalam tahun 2007-2008.

Fenomena yang sama ini juga telah berlaku di dalam tahun 2011 – 2012. Pola penurunan adalah lebih kurang sama…terdapat 3 cerunan gunung di kedua-dua pola penurunan harga emas pada tahun 2008 dan 2012.

Baiklah, itu adalah era kejatuhan harga emas.

 

Apa yang anda patut buat pada tahun Kejatuhan Harga Emas

 

Apabila bercakap tentang era kejatuhan harga emas – sebagai pelabur emas…saya sangat suka ke atas penurunan harga emas. Kenapa?

Jom kita lihat….apakah yang telah berlaku pada harga emas pada tahun 2008 – 2009?

 

Keuntungan pelaburan emas 2012

Keuntungan pelaburan emas 2012

 

Cuba anda perhatikan berapakah peratus kenaikan harga emas bagi tahun 2008 – 2009?

Berdasarkan kepada Jadual di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa keuntungan pelaburan emas pada tahun 2008 – 2009 adalah 99.26 % setahun. Kenaikan yang amat mendadak ini adalah berkait rapat dengan penurunan harga emas sebanyak 35% pada tahun 2008.

Mari kita kirakan keuntungan yang and perolehi sekiranya anda membeli 100 gram emas pada tahun 2008.

 

Harga Belian pada tahun 2008 = RM 64.30 per gram

Harga Emas pada tahun 2009 = RM 128.12 per gram

Keuntungan Pelaburan Emas pada setahun = RM 128.12 – RM 64.30 = RM 63.82 per gram.

Jadi, keuntungan anda jika anda telah membeli 100 gram emas pada tahun 2008 = RM 63.82 x 100 gram = RM 6,382.00!

Itu adalah kiraan sekiranya anda memiliki 100 gram emas. Bagaimana pula jika anda miliki 200 g emas, 500 gram emas, 1,000 g emas, 4,000 gram emas?? Haha….cuba anda kirakan keuntungan pelaburan emas anda dengan menekan kalkulator anda!

 

Baiklah, mungkin anda pertikaikan….

  • Alah! Itu tahun 2008…dah lepas…apa kaitannya dengan pelaburan emas tahun 2012?
  • Benda ni dah berlaku, nak buat camana? Tiada sesiapa yang beritahu kepada anda pada tahun 2008 tersebut..
  • Bagaimana pula dengan kadar keuntungan pelaburan emas pada tahun 2013 sekiranya anda mula melabur emas pada waktu sekarang? Tahun 2012..

Sejarah keuntungan setahun pada kadar 99.25 % setahun mungkin akan berlaku sekali lagi pada tahun 2013. Cuma…peratus keuntungan sahaja yang tiada siapa yang berani memberikan jaminan kepada anda.

Pakar pelaburan emas sedunia meramalkan bahawa, pada tahun 2012… harga emas bakal mencecah kepada USD 2,200 per Oz. (1 Oz = 28.35 gram emas). Maka, diramalkan harga emas bakal melonjak kepada:

 

1 Oz = USD 2,200 / 28.35 = USD 77.60 per gram emas

1 gram emas = USD 77.60 x 3 = RM 232.80

 

Cuba anda bayangkan….apa akan berlaku sekiranya anda memulakan perjalanan pelaburan emas pada Jun 2012,dengan harga RM188.00?

Contoh:

Cik Azi memiliki 200 gram emas pada Jun 2012.

Harga Belian pada Jun 2012 – RM 188.00

Maka, keuntungan yang bakal diraih jika ramalan pakar pelaburan emas dunia benar-benar berlaku:

= RM 232.80 – 188.00

= RM 44.80 per gram

Keuntungan bagi 200 gram emas = RM 44.80 x 200 gram = RM 8.960!

Wow! Siapa yang sanggup berikan anda RM 8,960.00 @ 23.82 % dalam masa 6 bulan? (Beli pada Jun 2012 dan andaian harga mencecah RM 232.80 pada Disember 2012)

 

Sekali lagi, berdasarkan kepada Jadual di atas, dapat kita perhatikan bahawa Tahun 2012 adalah tahun kejatuhan harga emas sebanyak 14.12 %.

Berbalik kepada persoalan utama kita, apakah yang anda patut anda buat pada tahun Kejatuhan Harga Emas 2012?

Jawapannya adalah…. BELI Emas sebanyak yang mungkin!!

 

Bagaimana untuk membeli Emas pada Kadar Sebanyak yang mungkin?

 

Katakanlah anda mempunyai wang RM 5,000.00. Dengan berbekalkan RM5,000.00 dan harga emas pada 12 Jun 2012, RM 185.00 (Harga kilang tanpa kos upah tukang). Emas yang bakal anda perolehi dengan membeli emas secara langsung dan terus daripada kilang emas adalah 26.60 gram.

 

Wang Tunai di Tangan = RM 5,000.00

Harga Emas pada 12 Jun 2012 = RM 185.00

Emas yang dapat dibeli = RM 5,000 / RM 185 = 26.60 gram

 

Kenapa anda perlu membeli emas pada harga kilang? Dengan membeli emas terus daripada kilang, anda bakal menjimatkan duit anda tanpa perlu membayar upah tukang yang dikenakan oleh pihak kedai emas.

Tahukah anda? Kadar upah tukang adalah di antara 20 % – 30 % bagi setiap barang kemas anda? Tak percaya? Cuba anda ke kedai emas dan beli emas daripada kedai emas tersebut… dan hasil daripada pembelian tersebut, sila kongsikannya di ruangan komen di bawah ini.

Syarikat Triplenine Golworld Gallery Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan, membeli dan menjual emas. Dengan erti kata lain…syarikat Triplenine adalah salah sebuah kilang emas di Malaysia.

Teknik pelaburan emas terbaik adalah dengan menggunakan kemudahan Ar Rahnu yang disediakan oleh pihak kerajaan Malaysia.

Dengan menggunakan kemudahan Ar Rahnu, syarikat Triplenine telah membantu salah seorang pelanggan kami menukarkan wang tunai RM 5,000.00 beliau kepada 99.91 gram emas pada 12 Jun 2012!

Sila perhatikan screenshot resit pembelian beliau di bawah ini:

 

Kesimpulannya:

 

Wah! Banyaknya prbezaan nilai keuntungan pelaburan emas jika anda mengunaka Teknik Biasa vs Teknik Pelaburan Emas Ar Rahnu.

Mungkin anda tertanya…bagaimanakah kaedah pengiraan sehingga saya mampu untuk membeli 99.91 gram emas dengan berbekalkan modal RM 5,000.00.

Daftarkan diri anda di Seminar Pengurusan Emas Triplenine DISINI.

Jangan risau, kelas 4 jam ini bakal diberikan secara PERCUMA! Tempat duduk adalah terhad, sila tempah tempat duduk anda terlebih dahulu sebelum hadir ke kelas…bukan apa, kami tak mahu anda terpaksa duduk di lantai, sedangkan anda perlukan kerusi dan meja unntuk mengambil nota ajaran kami.

Daftar SEKARANG! Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Seminar Pengurusan Emas Triplenine DISINI.

Tahukah anda berapa nilai Seminar Pengurusan Emas? Harganya adalah RM 999.00 bagi setiap kepala. Walaubagaimanapun, disebabkan kami mahukan anda kaya dan berjaya… kami sanggup berikan anda seminar 4 jam ini secara PERCUMA!

Huhu…masih mahu simpan wang kertas anda?

Atau mula menukarkan wang kertas anda kepada simpanan emas? Fikir-fikirkan…..

 

 

Terima kasih,

Azidah T9 JB0069 @ Pelaburan Emas Triplenine

P/s: Semoga coretan ringkas ini mampu untuk menggerakkan anda untuk tingkatkan tahap ekonomi anda dengan cara “Tukarkan wang anda kepada Simpanan Emas”.

Emas tidak menjanjikan anda untuk kaya…tetapi emas bakal menjanjikan untuk anda tidak miskin di masa hadapan.

 

Incoming search terms:

  • pelaburan emas 2012
  • emas 2012
  • EMAS
  • kilang emas di malaysia
  • pola harga emas
  • harga emas di malaysia 2012
  • masa keuntungan emas
  • harga emas 500 gram
  • kilang emas malaysia
  • siapa berani beli emas sekaran ?

Facebook Comments:

Leave A Reply (No comments so far)

No comments yet

Blog ini sentiasa di kemaskini. Jadilah orang pertama yang membacanya. Langganlah Newsletter PelaburanEmasTriplenine.com secara PERCUMA!

Delivered by FeedBurner

EKSKLUSIF: Teknik Ganda Emas

PERHATIAN: Jika selama ini anda membeli emas fizikal sebagai modus operandi Pelaburan Emas anda, tetapi anda hanya mampu melihat sahaja emas tersebut tanpa mendapat apa-apa keuntungan daripadanya… Ketahui bagaimana saya meraih keuntungan pelaburan emas RM6,020 dalam masa 3.5 bulan. Rahsia yang selama ini disimpan secara senyap-senyap akan dibongkarkan tidak lama lagi!

KLIK Sini Untuk Rahsia TEKNIK GANDA EMAS Sekarang.

PENDEDAHAN EKSKLUSIF Simpanan dan Pelaburan Emas

Sertai Kami di Facebook!

Perasmian Triplenine Goldworld Gallery Sdn Bhd, Cawangan Johor

Keuntungan Pelaburan Emas – 50% Setahun!

Pelaburan Emas Kalis Inflasi

Rahsia Pelaburan Emas Ar Rahnu

KITCO 24 hour $US Dollar price per ounce.